Tuesday, December 10, 2013

Menghulur bantuan banjir; Apa niatnya?

Menghulur bantuan banjir; Apa niatnya?
Sejak musim banjir melanda beberapa negeri terutama di pantai timur dan selatan negara, media massa baik portal dalam talian maupun media cetak; sarat dengan laporan bantuan aka pertolongan aka derma yang diberikan oleh orang perseorangan dan parti-parti politik.

Lebih dari itu, paling menjijikkan apabila ada segelintir pemimpin politik berlumba-lumba menyampaikan bantuan dan melawat mangsa banjir hanya untuk tujuan hebahan.

Tanpa memperlekehkan segala bantuan dan pertolongan serta derma yang telah dihulurkan, malah Kerajaan Rakyat tetap menghargai jasa mereka. Walau bagaimanapun, jadikanlah titipan di bawah sebagai panduan:


Salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak adalah mereka yang selalu membuat kebajikan secara berahsia sehingga "tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan" (Sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504). Untuk kita mampu berbuat demikian, segalanya berbalik kepada apa tujuan atau niat bantuan atau sedekah yang diberikan. Hanya mereka yang inginkan balasan di dunia sahaja yang mahu perbuatannya itu dihebahkan. Balasan dunia ini bukan sahaja balasan kebendaan, termasuklah juga pujian...!!