Monday, December 16, 2013

RM20,000 upah lindungi kegiatan curi pasir di Selangor

RM20,000 upah lindungi kegiatan curi pasir di Selangor

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket curi pasir di Selangor yang mengaut keuntungan jutaan ringgit aktif sejak tiga tahun tahun lalu, dipercayai mendapat perlindungan pihak tertentu. 

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihak terbabit menerima wang perlindungan antara RM5,000 sehingga RM20,000 secara mingguan atau bulanan bagi mengelak kegiatan berkenaan terbongkar. 

Bagaimanapun, ia sukar dibuktikan kerana sindiket berkenaan licik dan sentiasa bertukar tangan setiap kali operasi dan serbuan dilancarkan atau apabila maklumat kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.