Tuesday, January 28, 2014

N25 Kajang: SMS, Whatsapp kepada Anwar Ibrahim

Rakyat Malaysia terutama pengemar isu politik bisa saja mengandaikan dengan pelbagai spekulasi ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 Kajang, Selangor.

Malah terdapat spekulasi extreme membayangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di pilihanraya kecil N25 Kajang.

Spekulasi songsang tersebut ditongkat dengan bacaan politik perca kononnya jika menang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Bosan dengan politiking murahan sesetengah pengamal dan pengemar politik negara, sebentar tadi Kerajaan Rakyat telah mengirim pesanan ringkas (SMS) dan Whatsapp kepada Anwar Ibrahim.

SMS, Whatsapp KR kepada Anwar:  Salaam beb, N25 bukan taraf ante. Pls clear the air, sooner the better.
Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri Malaysia, bukan bakal Menteri Besar Selangor!