Friday, February 21, 2014

Aku lebih hebat dari Erra Fazira dan jauh lebih hebat dari Anwar Ibrahim

Erra Fazira
Rupa aku biasa saja tetapi percayalah, aku lebih hebat dari Erra Fazira dan aku juga jauh lebih hebat dari Anwar Ibrahim.

Bentuk aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia ingin dan gilakan aku.

Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku.

Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.

Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba aku.



Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

Ini aku
Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.

Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.

Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dariNya.
Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Siapa aku?
Nama aku DUIT, kekadang orang panggil aku wang, ada yang panggil aku fulus dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan pada aku.

Yang benar,
Duit.