Sunday, February 23, 2014

Hanya empat dalam 10 belia ikuti pendidikan Islam formal

Hanya empat dalam 10 belia ikuti pendidikan Islam formal
I Love Islam. Islam Itu Indah
HANYA 40 peratus atau sekitar 35,600 anak Islam berusia antara tujuh tahun dengan 16 tahun mengikuti pendidikan Islam secara formal di Singapura.

Daripada jumlah itu, sekitar 20,400 mengikuti kelas di sektor swasta, sekitar 11,400 mengikuti program Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) aLIVE dan seramai 3,900 lagi di madrasah masjid.