Monday, February 3, 2014

Pilihanraya kecil (PRK) N25 DUN Kajang: Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau menang dalan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Jika ada pihak boleh menjadi ahli parlimen di Sarawak dan ahli dewan undagan negeri (ADUN) di Sabah, kenapa pula saya tidak boleh jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang, ia bukan satu masalah," katanya ketika menemui penduduk Permatang Pauh di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Ahad.
Menurutnya, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas mandat itu diberikan oleh rakyat di Permatang Pauh pada pilihan raya lalu.
Tambahnya, bagi menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri model, ia menjadi keperluan untuk beliau bertanding pada PRK tersebut.