Friday, February 28, 2014

PKR perlukan perubahan. Insya Allah inilah orangnya yang dapat membantu selamatkan PKR

Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata telah mendapat restu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini juga bermakna penyandang jawatan tersebut, Azmin Ali akan berhadapan dengan tokoh yang amat berpengalaman dalam pentadbiran korperat yang juga seorang pemimpin politik yang telah terbukti berjaya membawa negeri Selangor jauh lebih maju dalam tempoh 5 tahun lebih pentadbirannya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya berbangga kerana mempunyai pemimpin yang amat berkaliber seperti Khalid Ibrahim.

Kerajaan Rakyat memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim