Saturday, February 1, 2014

Prk DUN Kajang: BN calonkan Rosmah Mansor lawan Anwar Ibrahim

Rosmah Mansor dicalonkan bertanding di prk DUN Kajang?
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak benarkan Lee Chong Wei dicalonkan di prk DUN Kajang.

Disebabkan BN mahu orang yang hebat dalam industri badminton negara untuk menjadi calonnya, besar kemungkinan BN akan meletakkan peminat badminton utama negara, Rosmah Mansor akan dicalonkan menentang Anwar Ibrahim di prk N25 Kajang.

Sebelum ini media cetak dan portal online termasuk laman sosial Facebook rancak melaporkan BN bercadang untuk mencalonkan pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.