Friday, February 28, 2014

Seluar dalam pun habis, bogel la kau kali ni

Padan muka kau hantu sialan jelmaan manusia, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo. Seluar dalam pun habis, bogel la kau kali ni. Gambar atas, penfitnah sialan Papagomo bersama timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR 28 FEB: Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya hari ini turut mengatakan bahawa Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di laman blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.