Sunday, March 16, 2014

Aktres Jelita Terhangat Dicarian Google

Meskipun Aishwarya Rai tidak aktif dalam industri Bollywood, namun aktres jelita itu masih lagi menjadi carian di seluruh dunia menerusi enjin Google.

Menurut laporan portal OneIndia, bersempena dengan memperingati Hari Wanita di seluruh dunia Sabtu lalu, Google India  telah membuat tinjauan bermula Januari 2014 hingga Februari 2014.

Sepanjang tempoh tersebut, nama Aishwarya merupakan carian tertinggi di enjin Google India diikuti dengan nama Sonia Gandhi dan Vidya Balan.

Ternyata aura Aishwarya masih lagi terlalu kuat melekat di hati peminat-peminatnya walaupun sekadar terlibat dengan beberapa projek iklan selain menjadi duta produk.