Friday, March 28, 2014

MAKLUMAT PENTING: Hari Pencalonan Pusat bagi Pemilihan KEADILAN 2014

Assalamualaikum dan salam hormat.
Hari Pencalonan Pusat bagi Pemilihan KEADILAN 2014
Esok, Sabtu 29hb Mac 2014 merupakan Hari Pencalonan Pusat bagi Pemilihan KEADILAN 2014. Kaunter penerimaan borang pencalonan pusat akan dibuka di Ibupejabat KEADILAN mulai jam 10 pagi dan ditutup jam 5 petang

Bakal-bakal calon pimpinan pusat mungkin akan membuat sidang media dari semasa ke semasa pada hari tersebut.

Sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pula akan diadakan pada jam 5 petang.

Para wartawan dan jurugambar dijemput membuat liputan sepanjang hari esok.

Ruang media disediakan di bilik sidang media Ibupejabat KEADILAN.

Sekian, terima kasih.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya