Wednesday, March 19, 2014

MH370: Perancis tawar kepakaran pencarian dalam laut

SEPANG: Pakar Perancis akan menawarkan kepakaran mereka dalam operasi pencarian dalam laut kepada Malaysia yang mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec berkata, pengalaman ketika menyiasat insiden pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009, amat berguna bagi meneruskan pencarian pesawat Boeing 777-200ER.


"Kami pakar dalam bidang pencarian laut, menganalisis dan aspek
teknikal dalam komunikasi dan elektronik," katanya ketika kepada wartawan di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Troadec berkata, operasi SAR bagi mengesan pesawat MH370 adalah berbeza dengan ketika operasi mengesan pesawat 447 yang dilakukan sebaik ia terhempas. - NST