Wednesday, March 19, 2014

Penduduk Kajang tidak perlu MB baharu

SHAH ALAM -  Berdasarkan pola kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan rata-rata penduduk Kajang tidak memerlukan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Ketua Penyelidikan Kajian Pola Pengundian PRK Dun Kajang, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, seramai 63 peratus penduduk Kajang tidak mahu jawatan menteri besar (MB) itu digantikan dengan pemimpin baharu.

"Kajian ini  buat hanya di Dun Kajang dan pihak kami mengambil kira undian berdasarkan faktor calon.

"Jika calon MB itu pemimpin popular dan pengaruhnya lebih kuat, peratusan penduduk yang mahukan kepimpinan baharu lebih meningkat," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.


Menurutnya lagi, keadaan pasti berbeza sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletak sebagai calon untuk bertanding untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

"Anwar mempunyai penyokong di mana-mana.

“Saingan untuk kerusi calon pasti sengit jika Anwar turut bertanding kerana beliau merupakan  calon pilihan rakyat," katanya lagi.