Monday, March 17, 2014

Pengkhianatan Terhadap Rakyat: Kerajaan Malaysia sorok maklumat berhubung kehilangan MH370

Seorang pegawai kanan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarkat (AS) mengkritik langkah Malaysia menyorok maklumat berhubung kehilangan MH370 dan tidak bertindak cukup pantas untuk mengesahkan “niat jahat” lebih awal.

New York Times (NYT) memetik pegawai itu sebagai berkata, lebih banyak hasil akan diperoleh jika Malaysia bersetuju menerima lebih daripada dua agen FBI bagi membantunya di Kuala Lumpur.

“Kita hanya tiada hak untuk mengambil alih siasatan begitu sahaja,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali ekoran siasatan masih berjalan.

“Tidak banyak kita boleh lakukan jika tiada permintaan daripada mereka untuk lebih bantuan atau pembangunan berkaitan maklumat yang kami ada.”

FBI mempunyai agen yang berpangkalan dari Kedutaan AS di Kuala Lumpur selama lebih sedekad.

Ia dikatakan membangunkan hubungan kerja dengan pegawai penguatkuasa undang-undang Malaysia dalam tahun-tahun mutakhir ini.