Friday, April 18, 2014

Apakah Fatwa Sultan Togak Arak, Sultan Membunuh? Majlis Fatwa Kebangsaan tolong jawab

Apakah Fatwa Sultan Togak Arak?
Majlis Fatwa Kebangsaan tolong jawab.
 Ramai Melayu Islam di Johor hidup dalam kedaifan.
Sultan Johor mewah, istana ditambah.. !! Duit siapa?
Saya amat berharap Majlis Fatwa Kebangsaan dapat bersidang dan mengeluarkan fatwanya terhadap isu-isu yang melebih menghantui umat Islam di negara ini umpamanya dalam kes-kes seperti berikut:

- Apakah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sultan Melayu yang diwartakan sebagai ketua Agama Islam sesebuah negeri, tetapi si sultan itu menogak arak?

- Apakah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sultan Melayu yang diwartakan sebagai ketua Agama Islam sesebuah negeri, tetapi si sultan itu menjadi pembunuh?

- Apakah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sultan Melayu yang diwartakan sebagai ketua Agama Islam sesebuah negeri, tetapi si sultan itu menjadi perogol?

- Apakah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sultan Melayu yang diwartakan sebagai ketua Agama Islam sesebuah negeri, tetapi si sultan itu bermain golf dari sebelum maghrib hingga selesai solat Isyak?

- Apakah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sultan Melayu yang diwartakan sebagai ketua Agama Islam sesebuah negeri, tetapi si sultan itu hidup bermewah-mewahan sedangkan rakyatnya menderita dalam kemiskinan?

Penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, saya hendak tanya sikit kepada  Majlis Fatwa Kebangsaan; Pemimpin sesebuah negara yang mengaku dirinya sebagai penganut Islam dan mendakwa negara yang diperintahnya sebuah negara Islam tetapi dalam masa yang sama mengamalkan serta mempertahankan budaya dan corak pemerintahan tidak menurut kehendak Islam, apa pula FATWA yang wajar difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?

Kerajaan Rakyat berdoa dan amat berharap Majlis Fatwa Kebangsaan tidak jadi pelacur!

Keterangan gambar di atas: 

Istana baru seorang sultan di Sekakap, Mersing, Johor.

PAS akan bincang fatwa pengharaman RIP

PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.