Monday, April 7, 2014

Pemilihan KEADILAN 2014: Perang Saudara Bermula

Perang Saudara Bermula
Assalamualaikum dan salam reformasi

Saudara-saudari yang kami hormati

Bagi jawatan-jawatan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden, kami (Saifuddin Nasution Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli) telah sepakat untuk menawarkan satu gagasan bersama yang menekankan kepada kepimpinan bersama (collective leadership) dan barisan pimpinan masa depan untuk melonjakkan keyakinan rakyat kepada KEADILAN.

Oleh yang demikian, kami akan berkempen di atas platform bersama sepanjang Pemilihan KEADILAN 2014 ini. Kempen bersama kami akan dilancarkan dalam satu majlis seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 8 April 2014
Masa : 1030 pagi
Tempat : Hotel Media, Petaling Jaya (sebelah ibu pejabat KEADILAN)

Masa Depan Bersama adalah:
Saifuddin Nasution Ismail, calon Timbalan Presiden
Nurul Izzah Anwar, calon Naib Presiden
Rafizi Ramli, calon Naib Presiden