Wednesday, May 14, 2014

Kajang dan Kijal: Dua langkah berlainan misi ~ langkah politik berani mati

Dua- dua bermula dengan huruf "K".
Satu KAJANG dan satu lagi KIJAL.
Hampir serupa bunyinya...tapi KAJANG di Selangor dan KIJAL di Terengganu.
Dua langkah berlainan misi tapi tetap boleh dikategorikan sebagai "satu langkah politik berani mati".

Langkah KAJANG sarat dengan agenda politik dalam memartabatkan kuasa rakyat tapi langkah KIJAL sarat dengan motif politik berasaskan dendam dan kuasa. Langkah KAJANG walau terbukti gagal tetapi masih diatas trek yang sama walau bertukar nakhoda.

Langkah KIJAL walau masih dalam kemelut tapi telah tersirat dan tersurat bahawa KUASA , WANG dan POLITIK adalah agenda peribadi bukan agenda rakyat !

Langkah KAJANG !
Langkah KIJAL !
Buka mata !
Buka minda !
Langkah mana langkah bermaruah dan langkah mana langkah membawa rebah?


~ Dia