Tuesday, May 13, 2014

Terengganu kini dipimpin oleh kerajaan HARAM

Umno menuju kehancurannya.
Dengan kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri Terengganu tinggal 14 daripada 32 kerusi sementara Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi dan bebas pula 3 kerusi, ini membawa maksud pentadbiran kerajaan Terengganu yang masih dipimpin oleh Umno BN adalah kerajaan HARAM !!

Kemelut politik Terengganu kembali tercetus susulan jawatan menteri besarnya yang sebelum ini dipegang oleh Ahmad bertukar kepada exconya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis angkat sumpah semalam.

Tidak lama selepas itu Ahmad Said yang juga ADUN Kijal mengumumkan keluar Umno dan menjadi bebas. Turut mengikuti jejaknya ialah ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Perbuatan ketiga-tiga bekas ADUN BN itu dengan sendirinya menunjukkan sikap dan perangai wakil rakyat Umno BN yang hanya mementingkan diri sendiri.