Monday, May 26, 2014

Yang di-Pertuan Agong telah diberi nasihat yang salah oleh pihak-pihak yang berkepentingan

Saya berpendapat samada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tersilap beri atau mungkin baginda terlepas pandang atau besar kebarangkaliannya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah diberikan nasihat yang salah oleh pihak-pihak yang berkepentingan apabila gelaran "Tun" diberikan kepada Abdul Taib Mahmud.

Kerajaan Rakyat berpendirian demikian kerna masyarakat dunia, terutama rakyat Malaysia amat sedar Abdul Taib Mahmud adalah seorang manusia yang jelas terpalit dengan kerja-kerja rasuah yang dinaungi bersama dengan pemimpin-pemimpin perasuah Barisan Nasional terutamanya Umno.

Menganugerahkan gelaran Tun kepada perompak khazanah negara dan pengkhianat nusa bangsa adalah satu penghinaan terhadap gelaran itu sendiri.

Nota: Pelbagai jenis rasuah Taib Mahmud terpapar di sini.

Berikut adalah kenyataan BERNAMA berkaitan isu ini:

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur.



Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.

Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.

Beliau memegang jawatan tersebut selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.

- Bernama