Tuesday, June 3, 2014

Betul la orang cakap.. Jangan percaya sangat pada bangsa Cina

Betul la orang cakap...
"Jangan percaya sangat pada bangsa Cina"

Opportunist mungkin perkataan yang tepat digunapakai untuk mengistilahkan perangai kebanyakan orang Cina. Sejak sekian lama saya cuba melembutkan hati dan perasaan sendiri untuk tidak berprasangka buruk terhadap bangsa Cina, tetapi keputusan pilihanraya kecil Teluk Intan pada 31hb Mei 2014 lalu membuatkan saya teringat pesanan orang-orang lama; Jangan percaya sangat pada bangsa Cina. Bangsa Cina kebanyakannya 'Telunjuk lurus, kelingking berkait'.

Kita analisa sejarah ringkas pilihanraya di P76 Teluk Intan. 

Pada tahun pilihanraya umum 2008, DAP meletakkan calon India, M.Manogaran sebagai calon PRU Teluk Intan. M. Manogaran menang dengan majoriti 1,470 undi mengalahkan Datuk Mah Siew Keong penyandang kerusi parlimen tersebut.

Pada pilihanraya umum tahun 2013, DAP meletakkan calon Cina, Seah Kong Peng di situ dan beliau menang dengan majoriti 7,313 undi mengalahkan calon yang sama, Mah Siew Keong.

Pada pilihanraya kecil P76 Teluk Intan, 31 Mei 2014 lalu, DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon PRK Teluk Intan tetapi Dyana kalah dengan majoriti 236 undi di tangan Mah Siew Keong yang sudah dua kali kalah dengan calon DAP.

Persoalannya, kenapa bila DAP letak calon India dan calon Cina, DAP menang, malah memang dengan majoriti yang besar, tetapi bila letak calon Melayu DAP kalah sedangkan majoriti pengundi Teluk Intan adalah Cina. Sepatutnya (bersandarkan sejarah dua pilihanraya terdahulu) DAP boleh menang kerana kerusi itu adalah kerusi majoriti Cina dan telah dimenangi oleh calon DAP berbangsa India dan Cina.

Apa yang dapat difahami dari keputusan prk Teluk Intan 31 Mei lalu:

- Sokongan pengundi Melayu kepada calon Melayu DAP meningkat sebanyak 3%.

- Undi dari bangsa Cina dan India untuk calon Melayu DAP, Dyana Sofya; merosot sebanyak 15%

Maksudnya 15% pengundi Cina dan India yang dulunya memberikan undian mereka kepada DAP tidak berbuat demikian sebaliknya mereka memberikan undian mereka kepada calon bangsa Cina dari BN, Mah Siew Keong.

Perincian di atas dengan jelas membuktikan bahawa 15% penyokong DAP berbangsa Cina terutamanya dan India di Teluk Intan memberikan undi mereka berdasarkan bangsa. Maka, ini juga turut membukti bahawa mereka mengamalkan pilihan berdasarkan kaum, bukan parti.

Hal ini amat berbeda dengan apa yang berlaku dalam pilihanraya umum ke13 lalu di DUN Derga, Kedah dimana calon dari DAP, Tan Kok Yew menang di kawasan yang majoriti pengundinya dari kaum Melayu..!!

Pecahan pengundi berdasar kaum di DUN Derga, Kedah.
Melayu: 54.78%
Cina: 40.07%
India: 4.11%
Lain-lain: 1.05%

Andai benar inilah antara punca kekalahan Dyana Sofya di Teluk Intan, maka Kerajaan Rakyat ingin memberi peringatan kepada bangsa Melayu, berhati-hati terhadap bangsa Cina. Mungkin ada benarnya maksud peribahasa Melayu 'Telunjuknya lurus, kelingkingnya berkait' amat tepat untuk bangsa Cina.. !!