Monday, June 2, 2014

Cadbury rasuah JAKIM dan Jamil Khir untuk HALALkan yang HARAM?

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata; ujian oleh JAKIM tidak menemui DNA babi dalam coklat Cadbury. Ini sangat-sangat bercanggah dengan ujian oleh Kementerian Kesiahatan yang menemui DNA babi sebelum ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi atau porsin.
   
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel bernombor kelompok 200813 M01HI2, tarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam bernombor kelompok 221013 N01RI1, tarikh luput 15 Jan 2015.

Soalan:
- Boleh percaya ke ujian oleh JAKIM?
- Cuba fikir semula, sudah berapa kali kenyataan JAKIM mengelirukan?
- Ada kemungkinan tak syarikat Cadbury beri rasuah kepada Jamil Khir?
- Jamil Khir bani Umno, sudah berapa ramai menteri bani Umno terlibat dengan najis rasuah?

Sendiri mau fikir... !