Monday, June 23, 2014

Institusi Kesultanan Melayu: Apakah faedahnya untuk Islam dan Melayu?



Apakah faedahnya untuk Islam dan Melayu?

Institusi Kesultanan Melayu yang masih kekal di Malaysia hingga kini digarap melalui perwartaan perlembagaan memerdekakan Malaya oleh penjajah British suatu ketika dulu. Walau apapun sejarah silamnya, kewibawaan dan kepentingan Institusi Kesultanan Melayu itu sendiri wajar diberi perhatian dan diberi laluan untuk perdebatan umum.

Sejarah berlalu dan sejarah berulang, Islam dihina dan Melayu tercicir sekalipun Sultan Melayu diwartakan sebagai ketua Agama Islam dan payung kesejahteraan rakyat khasnya bangsa Melayu.

Kenyataan yang tidak harus dipandang sepi, terdapat sultan Melayu yang tidak mengamalkan cara hidup dan budaya tuntutan Islam.

Kenyataan yang tidak harus dipandang sepi, sultan Melayu bermegah dengan kemewahan sedangkan bangsa Melayu merempat di negara sendiri.

Justeru orang Melayu wajar bertanya:
- Apakah faedah Institusi Kesultanan Melayu terhadap agama Islam?
- Apakah jasa Institusi Kesultanan Melayu terhadap bangsa Melayu?


Bicara Minda:
Mohd Sofi Yassin
Rakyat Negeri Johor
Johor Darul Takzim