Tuesday, June 10, 2014

Kalau Sultan minat sangat hendak berniaga, sila turun tahta

Kalau sultan hendak sangat jadi ahli perniagaan, saya cadangkan turun tahta dan jadilah ahli perniagaan. Saya kira amat tidak adil seorang sultan atas kedudukannya sebagai raja berlembagaan dan hidup mewah atas sifatnya sebagai ketua negeri, masih hendak bersaing dengan rakyat biasa dalam bidang perniagaan.

Saya bimbang kalau sultan terus dibenarkan untuk berniaga, kebarangkaliannya untuk tidak berlaku adil terhadap rakyat amat tinggi. Banyak bukti dan bahan sejarah betapa kerakusan sang sultan menyebabkan rakyat marhaen tertindas dan teraniaya.