Tuesday, June 10, 2014

Peringatan Buat Sultan Johor: Jangan Rampas Hak, Kuasa dan Kedaulatan Rakyat

Derhaka saya menjunjung kasih
Kasih saya bersilang tiada
Andai sultan amal pilih kasih
Kelak Istana kekal, sultannya tiada
Sofi :: Kerajaan Rakyat
Peringatan Buat Sultan Johor
Jangan Rampas Hak, Kuasa dan Kedaulatan Rakyat 

Saya memujuk hati sendiri untuk bersangka baik terhadap sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dalam isu pindaan Rang undang-undang dan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, walaupun hati kecil saya tidak berapa yakin terhadap sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dapat berlaku adil.. !!

Mungkin saya akan dituduh menderhaka kepada sultan, tak apalah, saya lebih rela dituduh derhaka kepada manusia asalkan saya tidak melanggar prinsip perjuangan saya untuk melihat satu pentadbiran negara / negeri yang telus, jujur, ikhlas dan mementingkan serta mengutamakan hak dan nasib rakyat marhaen.

Kebimbangan saya bersandarkan kepada dua asas utama:
1 - Kebarangkalian sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj alpa dan terbuai leka dengan nikmat kemewahan harta benda yang ditambah dengan nikmat diberikan kuasa berlebih-lebihan.

2 - Kebarangkalian ada pihak-pihak yang rapat dengan sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj melobi sultan untuk kepentingan perniagaan mereka, sementelahan pula bukan lagi rahsia bahawa sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj terlibat secara aktif dalam perniagaan.

Bersandarkan kepada dua asas kebimbangan di atas, saya berharap dan berdoa agar sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj diberikan petunjuk untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang dipinjamkan Allah SWT kepadanya untuk bertindak sewenang-wenangnya dengan merampas hak, kuasa dan kedaulatan rakyat.

Derhaka saya menjunjung kasih
Kasih saya bersilang tiada
Andai sultan amal pilih kasih
Kelak Istana kekal, sultannya tiada

Salaam Takzim.
Mohd Sofi Yassin.
Rakyat Negeri Johor
Johor Darul Takzim