Saturday, July 26, 2014

Balik Raya: INFO TRAFIK TERKINI. Salaam Idul Fitr

"Salaam Idul Fitr"
In Sha Allah tidak sampai dua hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kerajaan Rakyat mengambil kesempatan ini mengucapkan "Salaam Idul Fitr" kepada seluruh umat Islam terutama pembaca blog dan Facebook.

Kita lupakan sementara perbedaan pandangan dalam isu politik dan kita eratkan persahabatan serta tali silatulrahim sempena Ramadhan yang mulia dan Idul Fitr yang menghampiri.

Sebagai menghargai perhubungan antara kita sempena musim balik kampung ini, Kerajaan Rakyat akan maklumkan sekerap mungkin laporan / info trafik bagi memudahkan para pembaca yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Info ringkas trafik akan dilaporkan melalui twitter  https://twitter.com/KerajaanRakyat2

Doa dan harapan agar kalian ceria dan selamat sepanjang perjalanan balik kampung untuk menyambut hari raya bersama kaum keluarga. Bagi memeriahkan perjalanan dan menghilangkan rasa ngantuk, sila dengar lagu-lagu raya di sini.

Salam Idul Fitr buat semua.