Thursday, July 17, 2014

Dengan ini kamu dipecat dari Parti Keadilan Rakyat

Dengan ini kamu dipecat dari Parti Keadilan Rakyat
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 16hb Julai 2014 yang dipengerusikan sdr Chua Tian Chang, Naib Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr ARIJAN OSMAN (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah didapati membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 14hb Julai untuk membatalkan pemilihan Cabang Kuala Selangor, dan memberi kenyataan media yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Antarapos, dan Sinar Harian.

Sdr ARIJAN OSMAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

17hb Julai 2014

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya