Friday, July 11, 2014

Pusat Membeli-Belah One Utama Terbakar

PETALING JAYA: Satu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah terkemuka di Bandar Utama (One Utama) pagi tadi.
Kebakaran mengakibatkan kesesakan lalu-lintas yang teruk menghala ke Lebuhaya Damansara-Puchong (LDP).
Ia berikutan dari penunggang-penunggang motosikal yang berhenti bagi melihat kejadian tersebut.
Pihak pengurusan One Utama ketika dihubungi berkata, kebakaran yang berlaku hanya dibahagian medan selera di sayap baru di pusat membeli-belah berkenaan.
‘’Kami hanya mengesahkan ianya hanya kebakaran kecil di bahagian sebuah dapur medan selera dan api berjaya dipadamkan dengan pantas’’
Pihak pengurusan One Utama berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
‘’Kami masih menunggu laporan serta motif kejadian dari pihak berkuasa’’
Pihak Bomba dan Penyelamat Damansara tiba di tempat kejadian pada pukul 9.30 pagi dan mengesahkan kebakaran dipercayai dari kipas dapur yang gagal menyerap haba.