Thursday, July 3, 2014

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES

Selangor Arah Audit Perbelanjaan Peruntukan Program MES
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program-program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Tujuan audit ini untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program-program kebajikan yang telah dijalankan sejak 2008. Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak.
Kita menyeru semua ADUN, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan untuk program-program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja audit ini.
Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 JULAI 2014