Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17, Kehilangan MH370 dan keterlibatan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak


Tragedi kemusnahan pesawat penumpang MAS MH17 di kawasan medan peperangan Ukraine seakan satu pertunjuk dari Allah swt yang maha berkuasa terhadap kehilangan pesawat penumpang MAS MH370 April 2014 lalu.

Apa yang nyata dan logik akal; 
Andai sesuatu pesawat itu terhempas di darat pasti ada serpihannya seperti apa yang terjadi kepada MH17 dan andai ianya terjatuh di lautan sekalipun pasti juga ada serpihannya. Malangnya pesawat MAS MH370 sehingga kini hilang tanpa kesan! Lebih memilukan apabila perdana menteri Malaysia, Najib Tun Razak sehingga kini masih berdalih dan gagal menyakinkan rakyat Malaysia akan status sebenar misteri kehilangan MH370.

Sekiranya benar andaian masyarakat dunia bahawa pesawat MH370 telah diculik oleh agen-agen penganas CIA, maka pada pendapat Kerajaan Rakyat, Dato' Seri Najib Tun Razak turut terlibat dalam persubahatan pengkhianatan atau setidak-tidaknya penyembunyian maklumat sebenar dalam misteri kehilangan semua penumpang dan anak kapal MH370 yang masih tidak ditemui.

Berkaitan tragedi pesawat penumpang MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dekat sempadan Rusia, ia juga menjadi satu kemusykilan besar (sekurang-kurangnya sehingga komentar ini dititipkan) justeru atas arahan siapa atau kebenaran siapa pesawat penumpang MH17 dibenarkan melalui ruang udara zon perang?

Setahu saya telah menjadi peraturan dan undang-undang antarabangsa setiap pesawat yang ingin melalui atau melintasi atau menggunakan mana-mana ruang udara mestilah mendapat kelulusan "Approval or clearance" daripada negara yang terlibat. Lebih dari itu adalah menjadi peraturan serta amalan antarabangsa setiap penggunaan ruang udara antarabangsa dipantau oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) yang beribupejabat di Quartier International of Montreal, Quebec, Canada. Penggunaan ruang udara bukan seperti penggunaan lapangan Futsal atau penggunaan jalanraya oleh pemuda dan puteri umno yang biasanya bukan hanya tidak mengikut peraturan malahan bersikap kurang ajar serta biadap..!