Sunday, August 10, 2014

Antara Dua Ajaran: Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim

Antara Dua Ajaran: Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim
Kalau ikut ajaran al sheikh Anwar bin Ibrahim, maka akan berdemontrasilah puak-puak yang menjadi pak turut dan mak turutnya sepertimana yang selalu diajar oleh al sheikh Anwar bin Ibrahim dalam setiap masalah yang dihadapi oleh al sheikh Ketua Umum itu.

Pendekatan dan cara berdepan dengan masalah amat jauh berbeda antara orang yang tamak dan gopoh dengan orang yang sabar dan berhemah.

Orang gopoh dan tidak berhemah akan londeh melondehkan kerna maruah dan harga diri mereka sudah tidak bernilai lagi. Perangai suka mengaibkan orang lain adalah ajaran syaitan yang juga menjadi amalan anak didik dan pengikut syaitan!

 'Jangan demo dulu, pesan Khalid'

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring, program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.



"Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

"Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak," katanya kepada media.