Monday, August 18, 2014

Dapat jumpa Sultan, saya mohon DYMM Sultan Selangor bubar DUN

Bubar DUN Selangor. Adakan PRN, barulah meriah
Semua berebut hendak jadi menteri besar, adalah lebih baik bubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan adakan pilihan raya negeri, barulah meriah.! Pasal duit apa susah... Selangor kan kaya, banyak duit. Bila ada pilihan raya... dapat jugak rakyat marhaen berniaga... bukak gerai jual air ceduk... pasang payung.. jual kasut bundle pun ok gak!!

Kalau saya dapat jumpa Sultan, saya pun nak beritau Sultan mohon dia bubar je DUN Selangor... nyampahlah aku .. dia orang asyik nak bergaduh je.. nak rebut reta ... nak rebut jawatan.. nak rebut pangkat... eeee geramnya aku!!!

Andai gabungan parti dalam Pakatan Rakyat menang majoriti dalam PRN nanti, barulah ada gaya! ... dan kalau isteri KETUM menang lagi di Kajang dan hendak lantik presiden PKR itu jadi menteri besar pun, tiada siapa boleh marah.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan terbang ke Budapest, Hungary untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

SMS mendakwa perkara itu kini beredar di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

SMS itu juga mendakwa Khalid mahu mendapat perkenan sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri

“Dapat maklumat tengah malam tadi, Khalid Ibrahim akan yakinkan DYMM Sultan untuk bubarkan DUN... kemungkinan Khalid akan ke Budapest jumpa DYMM...,” menurut mesej itu.



Spekulasi itu menjadi-jadi selepas Khalid secara tiba-tiba membatalkan perjumpaan bulanannya dengan penjawat awam pagi ini.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada jam 8 pagi dan media hanya dimaklumkan pembatalannya pada 7.44 pagi melalui e-mel.

Setiausaha akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Abdul Aziz bagaimanapun menafikan spekulasi itu.

Katanya, Khalid akan terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga sultan berangkat pulang daripada luar negara pada 27 Ogos.