Tuesday, August 12, 2014

Hilang keyakinan terhadap DSAI: Tiga ADUN PKR dijangka umum keluar parti

Tiga ADUN PKR dijangka umum keluar parti

Bisik-bisik di ibu pejabat PKR di Tropicana menyatakan sekurang-kurangnya tiga orang ADUN PKR Selangor akan umumkan keluar parti itu kerna telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat terutamanya Ketua Umum (KETUM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presidennya yang juga isteri kepada KETUM yang semakin hari semakin jelas kegelojohan mereka dalam merakus kuasa demi kepentingan politik peribadi dan keluarganya.

Ketiga-tiga calon tersebut yang terdiri daripada dua ADUN Melayu dan seorang ADUN berbangsa Cina kini kahbarnya sedang bermain wayang sambil membeli masa 'buy time' dengan KETUM nya yang sedang menimbang untuk ganjaran fulus kiranya ADUN tersebut terus bersama PKR.

Aktiviti menjual dan membeli ADUN dan Ahli Parlimen adalah amalan politik Malaysia yang telah mula dibudayakan oleh Umno sejak lama dulu malahan budaya jijik ini semakin berleluasa semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi bersama parti Melayu itu sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad atas tuduhan meliwat dan salah guna kuasa sekitar akhir tahun 1998.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR dilaporkan akan menemuduga Exco secara individu untuk mengetahui kesanggupan mereka bekerjasama dengan beliau.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut memberi kata dua kepada barisan Exco tersebut untuk meletak jawatan sekiranya tidak ingin menyertai pasukan beliau.

Katanya, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk menjalankan pentadbiran.

Barisan Exco sedia ada kini terdiri dari empat orang wakil PAS dan masing-masing tiga orang dari PKR dan DAP.