Monday, August 4, 2014

Jawatan Menteri Besar Selangor: Kenyataan dan Penjelasan PKR

PKR nafi Azmin akan diletak jadi calon MB

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegaskan PKR tidak ada calon lain menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwaan mengatakan wujud tekanan daripada rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya menggantikan Dr Wan Azizah dengan calon lain, termasuk timbalan presiden Azmin Ali, tidak benar, katanya.

"Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," kata Saifuddin kepada pemberita pada satu sidang media di ibu pejabat PKR.

"Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," katanya.

Saifuddin mengulas dakwaan kononnya Azmin yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan diletak sebagai calon menteri besar. – 4 Ogos, 2014.