Wednesday, August 20, 2014

Kes Lembaga Disiplin PKR ditunda ke 28hb Ogos 2014

Kes Lembaga Disiplin PKR ditunda ke 28hb Ogos 2014

KENYATAAN MEDIA
20 Ogos 2014

PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN KEADILAN DIPANGGIL JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN

Semalam Dato' Dr Tan Kee Kwong, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN telah menerima sepucuk surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). JPPM meminta beliau hadir ke Putrajaya untuk memberikan keterangan pada hari Khamis, 21 Ogos 2014, berkaitan satu aduan salah laku yang tidak diperincikan di dalam surat tersebut.

KEADILAN difahamkan satu pasukan yang diketuai ASP Akmal bin Haji Yahya, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JPPM telah bertemu Dato' Dr Tan di Ibupejabat KEADILAN di Tropicana Merchant Square hari ini. Dalam pertemuan tersebut, ASP Akmal telah memaklumkan bahawa pertemuan yang sepatutnya berlaku esok telah ditunda ke 28hb Ogos 2014, 10 pagi di pejabat JPPM, Putrajaya.

Dato' Dr Tan akan ditemani peguam R Sivarasa dalam pertemuan minggu hadapan.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya.