Wednesday, August 13, 2014

Mesti Baca: Kronologi Pengkhianatan PKR Terhadap Rakyat Selangor

Kronologi Pengkhianatan PKR Terhadap Rakyat Selangor
Semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008, rakyat yang tidak lagi yakin kepada Umno dan Barisan Nasional telah menaruh sepenuh harapan terhadap gagasan tiga parti politik utama negara, PAS, DAP dan PKR yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dengan memberi kemenangan undi majoriti kepada PR.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008 menjelaskan betapa majoriti rakyat Malaysia membenci Umno BN kerna amalan rasuah khasnya dikalangan pimpinan mereka yang semakin membarah.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, rakyat Malaysia menyaksikan perubahan pentadbiran negeri Selangor daripada genggaman berzaman Umno BN kepada pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor di bawah naungan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh seorang tokoh korporat yang amat berpengalaman, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di bawah pentadbiran tokoh korporat yang amat berpengalaman, Tan Sri Khalid Ibrahim, negeri Selangor berjaya mencatat perkembangan dan kemajuan yang amat membanggakan. Pendapatan kerajaan negeri bercambah, simpanan kerajaan negeri bertambah hasil pentadbiran telus, jujur dan berhemah yang dipratikkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bukan hanya rakyat biasa malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui kenyataan ini.. !!

Mengetahui dana negeri semakin banyak tersimpan hasil pentadbiran mampan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, ramai kalangan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi gelap mata, justeru; bongkah gelojoh yang tersembunyi selama ini, tersembur tanpa tapisan rasa segan dan silu.

Berbekalkan budaya "Yes Boss", Saudara Rafizi Ramli yang juga pengarah strategi PKR telah menyambut secara 'mencadbury' buta arahan bossnya, KETUM, untuk menrencanakan apa yang disebut sebagai "Langkah Kajang"

Bertitik-tolak daripada budaya "Yes Boss" terhadap KETUM bukan hanya oleh pengarah strateginya, malahan hampir keseluruhan pimpinan tertinggi dan penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat yang berakal di lutut itulah maka kegelojohan dan asas pengkhianatan terhadap rakyat Selangor oleh PKR terbongkar nyata !!

Ibarat "Kera mendapat bunga" begitulah kelaku sesetengah pemimpin PKR apabila diberi sedikit mandat untuk membentuk kerajaan!

Mendapat kuasa, mereka leka !!
Melihat wang, mereka rakus !!
Depan Anwar, mereka menikus !!
Dan akhirnya, mereka terbungkus !!

NOTA:
Penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakal di lutut pasti akan menuduh saya dengan pelbagai tuduhan jijik dan hina, saya redha, pasrah dan rela kerna mereka yang berakal di lutut bukan lawan saya dan bukan taraf saya untuk berdebat dengan !!! Hujah saya tidak berlindung dengan kata manis, teguran saya tiada berhijap terhadap kawan atau lawan !!

Kesedaran saya nyata malah sedikitpun tidak terjejas sokongan, harapan serta doa dan munajat saya untuk melihat saudaraku, Anwar Ibrahim menjadi peneraju utama negara sebagai Perdana Menteri Malaysia !!

.... dan buat ...
Saudaraku, Anwar bin Ibrahim, 
Jazakallahu khairan kathira. 

Sometime I just need to slap you to alert you, not because that i hate you but I sincerely want you to realise that you're the one and the only that i can trust to lead Malaysia ... and... please Anwar, janganlah enta berasa malu untuk undur setapak dalam arah yang sama untuk maju kehadapan. Ingatlah saudaraku Anwar Ibrahim, sesungguhnya bertenang, beristiqamah, beristikharah itu adalah sebahagian daripada amalan Sufi yang enta sendiri fahami. Redha terhadap dugaan Allah swt beserta pasrah terhadap kitaran hidup duniawi akan memimpin ante ke dermaga jaya,  In shaa Allah.

Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat.

Drama politik Selangor tak pernah berlaku dalam sejarah negara

Drama politik yang terungkai di Selangor belum pernah berlaku dalam sejarah negara dalam konteks wakil bebas dan tanpa parti menjadi ketua eksekutif negeri.



Perkembangan berlaku dengan pantas dan tegang dalam krisis menteri besar Selangor apabila Pakatan Rakyat nampaknya hilang cengkaman ke atas negeri paling kaya di Malaysia.
 
Hari yang berlalu menyaksikan perang mulut dan 'serangan balas' daripada  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pengkritik daripada bekas sekutunya, PKR dan DAP.
 
Enam anggota Exco daripada kedua-dua parti yang enggan meninggalkan pentadbirannya walaupun menyokong pemecatan beliau sebagai menteri besar menyatakan mereka tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
 
Tetapi Abdul Khalid membuat kejutan sejurus sebelum pukul 7 malam dengan menyatakan beliau mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri yang tidak menyokong pentadbirannya.
 
Berikutan perkembangan ini, penganalisis politik percaya bahawa Pakatan Rakyat, sebagai gabungan tiga parti yang rapuh, telah kehilangan kuasa untuk mentadbir Selangor oleh kerana Exco DAP dan PKR kemungkinan dipecat daripada pentadbiran Abdul Khalid.
 
Ketiadaan Exco PKR dan DAP bermakna bahawa hanya empat anggota Exco daripada PAS berada dalam pentadbiran kerajaan negeri - jumlah minimum anggota Exco yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
 
Keadaan nampaknya seperti biasa semalam apabila Abdul Khalid tiba untuk bertugas di Bangunan Sekretariat Selangor pukul 9.30 pagi tetapi perkembangan tegang kelmarin yang menyaksikan Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar selepas dipecat daripada parti, berulang semalam.

Beliau sepatutnya mengisi waktu dengan menemui kesemua 10 anggota Exco untuk mengetahui sama ada mereka akan terus kekal dalam pentadbiran beliau atau sebaliknya.
 
Abdul Khalid tidak menghadapi masalah dengan keempat-empat Exco daripada PAS yang menyatakan mereka akan mematuhi arahan parti untuk kekal dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar boleh menarik nafas lega apabila BN yang mempunyai 12 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri, menyuarakan sokongan tanpa syarat kepada Abdul Khalid yang juga anggota dewan undangan negeri Pelabuhan Klang dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.
 
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, berkata dalam satu kenyataan bahawa Sultan Selangor berpendapat pemecatan Abdul Khalid daripada parti merupakan isu dalaman parti dan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Anggota Dewan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor.
 
Beliau juga berkata baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas alasan Abdul Khalid telahpun menghadap baginda untuk menjelaskan tentang kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor.
 
Krisis perebutan kerusi menteri besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Berikut adalah kronologi krisis menteri besar Selangor

27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu. Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat terhadapnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

26 FEBRUARI:  Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.

26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baru untuk menggantikan Abdul Khalid.

22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar.

25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru.

4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.
 
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta. Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan menteri besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor. Menteri besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik selain. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.

- Bernama