Monday, August 11, 2014

PADAN MUKA DIA !! Harapan Azizah berkecai.. Angan-angan Anwar musnah!

Jawatan Menteri Besar: Harapan Azizah berkecah.. 
Angan-angan Anwar musnah!

Angan-angan Ketua Umum PKR (KETUM) Anwar Ibrahim untuk melihat isterinya menjadi menteri besar Selangor punah apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu agar Tan Sri Khalid Ibrahim terus menerajui kerajaan negeri Selangor sebagai menteri besarnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata sultan Selangor memberi pekenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Beliau mengumumkan demikian selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang pagi ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong Khalid tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri itu.

Berita terdahulu:

KLANG, 11 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan keputusan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor di Istana Alam Shah di sini Isnin.



Mesyuarat dua jam bermula kira-kira pukul 10 pagi itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan antara lain kemelut jawatan menteri besar itu.

Abdul Khalid yang ditemui ketika bergerak keluar dari perkarangan istana kelihatan tersenyum namun enggan mengulas lanjut hasil mesyuarat tersebut.

"Saya akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan berkenaan isu ini (kedudukan jawatan menteri besar) pukul 2 petang ini di Bangunan SUK namun saya berpuas hati dengan hasil mesyuarat itu.

"Pada saya, keputusan berkenaan masih boleh membuatkan saya tersenyum," katanya kepada pemberita.

Pada 9 Ogos, PKR memecat Abdul Khalid daripada keanggotaan parti berkuat kuasa serta-merta kerana mengingkari arahan parti supaya Abdul Khalid meletakkan jawatan menteri besarnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

-- BERNAMA