Friday, August 15, 2014

Pakatan pastinya terjejas teruk sekiranya pilihan raya diadakan di Selangor

Pengarah badan kaji selidik bebas Merdeka Center Ibrahim Suffian berpendapat, krisis politik di Selangor banyak menjejaskan keyakinan rakyat negeri itu ke atas Pakatan Rakyat.

Ibrahim berkata, rakyat Selangor kecewa dengan permainan politik yang berlaku di negeri itu.

Ibrahim berkata, peluang Pakatan pastinya terjejas teruk sekiranya pilihan raya baru diadakan di Selangor.

“Saya tidak tahu dengan pasti sejauh mana kesannya ke atas peluang Pakatan, tapi ia tidak akan memberi kesan positif.

“Lagi pula, ramai yang masih belum jelas dengan perkembangan yang berlaku,” katanya.

Ibrahim percaya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertangungjawab untuk meletak jawatan agar krisis ini tidak berpanjangan.

Beliau juga mengesahkan dengan bahawa keputusan kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center berhubung krisis tersebut akan dikeluarkan pada minggu depan.

Pandangannya itu turut dikongsi oleh beberapa orang pengalanisis politik.