Thursday, August 7, 2014

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mohon menghadap Sultan bagi pembubaran DUN Selangor

Bersandarkan kepada gelodak politik Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin berkeladak akibat cetusan idea oleh Parti Keadilan Rakyat melalui politik haloba Ketua Umumnya, saudara Anwar Ibrahim yang terlalu ghairah inginkan isterinya menjadi Menteri Besar (pada awalnya dia sendiri hendak jawatan MB), maka pengarah strategi PKR, saudara Rafizi Ramli yang ketika itu berduet dengan setiausaha PKR yang tewas dalam pilihan raya umum ke13 dulu, Saifuddin Nasution Ismail telah diarahkan merangka agenda songsang Kajang Move aka Langkah Kajang.

Dalam kecelaruan PKR sekarang ini, sukar untuk dinafikan kebarangkalian Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon menghadap Sultan Selangor untuk mohon perkenan bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dalam masa terdekat ini.

Andai menjadi kenyataan Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan, persoalannya:

Apakah wajar rakyat Selangor memberi undi mereka kepada Parti keadilan Rakyat yang ternyata telah menjahanamkan keyakinan, kepercayaan dan pengharapan rakyat Selangor terhadap mereka?

Terbukti sudah sejak awal pemilihan parti Keadilan 2014, hampir kesemua pemimpin parti PKR tidak menjalankan tugas mereka untuk mensejahterakan rakyat, sebaliknya mereka sesama sendiri bercakaran untuk mendapat kuasa dalam parti serpihan Umno itu!

Mulai sekarang rakyat harus kenal pasti, lambang mana yang harus diberikan undi andainya benar Pilihan Raya Negeri Selangor diumumkan kelak

PAS For ALL

Hukum Karma buat Anwar Ibrahim