Wednesday, September 10, 2014

Andai sultan mahu dihormati, sultan terlebih dahulu mesti hormati rakyat!

Andai sultan mahu dihormati, sultan terlebih dahulu mesti hormati rakyat!
Dalam hal ni saya akui memang Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh lebih faham kalau dibandingkan dengan Sultan Selangor. Anwar bercakap berpaksikan fakta, sedangkan sultan bertitah bersandarkan perasaan dan keegoaan seorang sultan yang berkuasa... !!

Antara lain Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata.. "kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957... "

So, apa hal pulak sultan hendak marah... nak murka?. Kalau Datuk Seri Anwar sudah mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957, atas alasan apa pula yang sultan hendak terguris?

Kalau sultan pandai marah, rakyatpun tahu marah juga kalau sultan buat perangai macam ni... !!

Rasanya hak rakyat untuk marah dan terguris hati pada sultan jauh lebih tepat kerna sultan kan diwartakan sebagai ketua agama Islam !! Tak kan lah sebagai ketua agama Islam tergamak buat perangai tak senonoh yang jelas dan nyata bertentangan dengan ajaran Islam ! Satu lagi saya nak tanya, yang ini anak siapa? anak sultan atau anak setan? Saya tanya sebab saya tak tau, harap sultan janganlah marah dan janganlah terguris ! Kalau itu anak sultan, sultan wajar minta maaf kepada rakyat dan mohon keampunan dari Allah swt .. !

Saya sarankan; 
Andai sultan mahu dihormati, sultan terlebih dahulu mesti hormati rakyat!

Sebuah akhbar dalam talian melaporkan seperti berikut:

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.



"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Sementara itu Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tetap berdiri tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Ini berbeza dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu yang mengatakan PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Negeri Selangor apabila mempertikaikan kuasa Sultan dalam soal pelantikan menteri besar.

"Datuk Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 tatkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Datuk Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.