Wednesday, September 3, 2014

Buat Saudaraku Anwar Ibrahim: Antara Perjuangan dan Cita-Cita

Buat Saudaraku Anwar Ibrahim 
Antara perjuangan dan cita-cita.

Antara perjuangan dan cita-cita.
Ada cerita
Bersulam derita
Sukar dilafas kata-kata
Bila kata tiada terkota
Kelak kata dikata dusta

Anwar Ibrahim
Walau perjuanganmu tuntas
Kadang katamu terlalu deras
Kadang tingkahmu terlalu pantas
Kadang jejakmu tiada berpentas

Anwar Ibrahim
Antara perjuangan dan cita-cita
Tidak semua harus kau cerita
Kerna hati tiada bermata
Kelak engkau dihujani cerca

Anwar Ibrahim
Walau semangatmu kental
Langkahmu kadang berpintal
Cita-citamu sukar diramal

Anwar Ibrahim
Benar kata-katamu
"Kalau takut menanggung risiko, ...
jangan bicara soal perjuangan!"
Tetapi ingatlah saudaraku,
Berisikolah secara terancang !

Anwar Ibrahim
Jangan diulangi silap silam
Dendam musuh tak pernah padam
Kelak engkau masuk ke dalam
Perjuangan menjadi kelam
Cita-citapun padam !

Salam Perjuangan. Salaam Persaudaraan
Mohd Sofi Yassin - Kerajaan Rakyat 

< >