Thursday, September 4, 2014

Kerana PKR. Sultan kena tunggu 48 jam

Sebenarnya PKR ni parti hebat... memang hebat tahap tertinggi. Sultanpun terpaksa tunggu 48 jam untuk dapatkan dua lagi nama calon MB Selangor. Fuyoooo... best la you Saifuddin... !!!

PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

"Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana," kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.