Tuesday, September 16, 2014

Malam 16hb September 2008; Jasamu Anwar, terpahat dalam kesegaran lipatan sejarah

Aku melihat stadium Kelana Jaya. 

Dari ruang jendela. Aku melihat stadium Kelana Jaya. Di situ pada malam 16 Sept, tujuh tahun lalu, tepatnya malam 16hb September 2008, aku... Mohd Sofi Yassin bersama puluhan ribu rakyat marhaen melihat terlakarnya peristiwa bersejarah.

Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengiktiraf dan memperjuangkan 16 September sebagai Hari Malaysia. Akhirnya, idea tersebut diciplak nyata oleh umno BN. Ini fakta yang mesti diakui.

Walau bumi terbelah dua, Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai wira negara, pemangkin semangat juang menuntut hak dan kedaulatan rakyat marhaen dimartabatkan

Bertahun lamanya Anwar Ibrahim ditindas dan dikhianati dari setiap penjuru penguasa rakus. Bersandang jiwa perjuang, berperisai semangat yang tidak pernah kelam, bertatah keimanan yang semakin menebal, Anwar Ibrahim terus bangkit dan mara memperjuangkan agenda kedaulatan rakyat semua.
Jasamu Anwar, terpahat dalam kesegaran lipatan sejarah.