Wednesday, September 17, 2014

Mana yang kemaruk sakan nak Wan Azizah jadi MB, sila baca dan fahami

Mana yang kemaruk sakan nak Wan Azizah jadi MB, sila baca dan fahami.

Abdul Khalid Ibrahim
Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa pertukaran Menteri Besar Selangor adalah tidak perlu dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal pada jawatannya, kata Pemangku Ketuanya Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata menteri besar sedia ada perlu dikekalkan kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan sebagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Katanya, Dewan Ulama PAS membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-Ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," teks ucapannya dipetik.

Teks ucapan tersebut diedarkan kepada semua yang hadir termasuk wartawan yang bertugas.

Bagaimanapun Ahmad tidak membaca perenggan yang menyentuh isu kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Katanya, Dewan Ulama PAS tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya.

Tegas beliau, Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pilihan raya kecil yang diadakan itu merupakan pembaziran harta negara.

Ahmad juga menegaskan Dewan Ulama PAS berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan biarpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin parti.

"Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," katanya.