Monday, September 15, 2014

Pilihan Raya Kecil (PRK): Serba sedikit tentang Pengkalan Kubor

Pilihan Raya Kecil (PRK): Serba sedikit tentang Pengkalan Kubor.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas akibat kanser hati.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai tarikh pengundian.

Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang Pengkalan Kubor.

Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam.

Menurut cerita penduduk setempat, Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat.

Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi.



Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM sahaja.

Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang yang terletak di dalam Parlimen Tumpat,Kelantan,Malaysia,Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Datuk Noor Zahidi Bin Omar dari BN. - Sumber Wikipedia.