Thursday, September 25, 2014

Senarai nama Exco Selangor pimpinan YAB Azmin Ali

Senarai nama Exco Selangor pimpinan YAB Azmin Ali

Empat Ahli Dewan Negeri (ADUN) daripada PAS, tiga daripada PKR dan tiga lagi daripada DAP akan diumumkan menjadi Exco Selangor yang baharu esok.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ia sekaligus pecahan komposisi sama seperti pada masa pemerintahan menteri besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun senarai penuh nama kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) Selangor kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Azmin Ali akan hanya didedahkan pada pagi Jumaat.

Azmin berkata demikian kepada media selepas mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam.