Sunday, October 12, 2014

Anwar berhujah menyalur fakta tanpa dusta, tanpa nista

Anwar berhujah menyalur fakta
tanpa dusta, tanpa nista
Penat Anwar jelajah seluruh negara.
Letih Anwar Ibrahim berceramah saban hari.
Anwar berhujah menyalur fakta tanpa dusta, tanpa nista,
Anwar menghurai menyelesai masalah bukan untuk berbalah.

Ada yang mengaku tegar menyokongnya
Ada yang mendabik dada konon setianya

Malangnya..
yang menyokong
dan yang mengaku setia
kekadang menjadi pembinasa
kerna celupar tanpa sedar!

Putrajaya matlamat semua
Pengundi harapan bersama
Memenangi hati usaha kita
Berbahasa keadah berbicara

Justeru,
Seruan saya buat semua
Penyokong yang mengaku setia
Berbahasalah dalam kata bicara
Agar musuh yakin dan percaya
Gelita akan bercahaya
Pabila Putrajaya milik kita
Dengan izinNya.

Nota sempadan buat semua:
Menulis status seperti ini di Facebook
tidak dapat menambat hati pengundi yang dihajati, malah semakin jauhkan mereka dari kita.

Saya menasihatkan diri sendiri juga buat semua sahabat seperjuangan yang dikasihi, amati dan hayatilah maksud ayat di bawah, In Shaa Allah besar ganjarannya!
Salaam Perjuangan
Mohd Sofi Yassin.
Kerajaan Rakyat