Monday, October 13, 2014

Mendoakan kejayaan anak-anak hadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Kerajaan Rakyat doakan agar anak-anak yang menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai hari ini dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kecemerlangan In Shaa Allah.

< Anak adalah amanah Allah buat ibu bapa >

1. Apakah PT3?
PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah.

2. Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
KHB Kemahiran Teknikal
KHB Ekonomi Rumah Tangga
KHB Pertanian
KHB Perdagangan dan Keusahawanan
5 pilihan bahasa tambahan:
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun

3. Apakah skop sukatan pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

4. Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dalam pelaksanaan PT3?
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan (item), panduan penskoran dan garis panduan pelaksanaan dan panduan penjaminan kualiti PT3 serta melaksanakan penjaminan kualiti PT3.

5. Apakah peranan sekolah dalam pelaksanaan PT3?
Sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan kertas soalan, pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, penggredan dan pelaporan PT3 berdasarkan soalan, panduan penskoran dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, sekolah perlu melaksanakan penjaminan kualiti PT3.

6. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditaksir menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Lisan terdiri daripada Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

7. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun?
Mata pelajaran tersebut akan menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis sahaja.

8. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi?
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan Pelbagai Instrumen seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian Lapangan (field study) atau Kajian Kes (case study). Bagi tahun 2014, Lembaga Peperiksaan telah menetapkan Kajian Kes sebagai instrumen pentaksiran bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

9. Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan?
Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Gred dan tafsiran gred bagi PT3

Gred Tafsiran Gred
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
E Mencapai tahap minimum
F Belum mencapai tahap minimum