Thursday, November 6, 2014

Arahan agar Anwar diseret lagi ke mahkamah selepas keputusan rayuan kes Liwat II

Arahan agar Anwar diseret lagi ke mahkamah atas kesalahan baru
Saya kurang selesa untuk mencela sesama insan.. tetapi perangai Shafee Abdullah (gambar) dan Gani Patail benar-benar menjelaskan hinanya peribadi mereka. Mereka ibarat "anjing yang menurut arahan tuannya" menurut tanpa berfikir ! Maka apakah mereka benar-benar bersifat kebinatangan?

Mereka sebenarnya memaparkan niat jijik mereka untuk terus-terusan menyeksa dan membuang masa Anwar Ibrahim. Satu demi satu pengkhianatan mereka rencanakan ! Mereka zalim dan menzalimi.. ! - Kerajaan Rakyat

Laporan berikut menjelaskan:
Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II.

Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini.

Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu.
< KR >