Wednesday, November 19, 2014

Cikgu buatlah... Kami harap cikgu jadikan dia 'orang' !

Teringat zaman bergelar guru dulu.. Saya kira arena pendidikan (Pembelajaran dan Pengajaran) masakini amat jauh bedanya dibandingkan zaman saya mengajar dulu..
Suatu ketika sekitar ditahun-tahun 80-90an .. mengajar students sixth form .. mereka jauh lebih faham dan menghormati alam persekolahan.. mereka lebih menghormati para guru.. malahan ibu bapa zaman itu juga tidak banyak yang mencampuri urusan pengajaran dan pendidikan yang menjadi tugasan utama para pendidik.
Dalam satu insiden... dibulan Ramadhan.. selepas ibadah sahur .. saya dan beberapa orang guru membuat rondaan di asrama lelaki.. kami ternampak sekumpulan students lelaki sedang merokok ... kebetulan touch light ditangan saya.. tanpa bicara.. saya hempuk batang touch light ke tangan seorang daripada student itu.. esoknya saya diberitahu tangan student itu bengkak.. dia tidak hadir ke sekolah .. saya ke asrama untuk menemuinya .. yes.. benar tangannya bengkak! .. Saya tanya dia.. awak nak pergi sekolah atau awak hendak saya tambah bengkak di tangan awak? .. akhirnya dia pergi juga ke sekolah.
Tanpa saya ketahui .. dia melaporkan kejadian itu kepada ibunya di Pontian, Johor... Bersusah payah Ibu bapanya datang ke JB menemui saya di sekolah.

Kata ibu: Kami ucapkan terima kasih kepada cikgu.. buatlah anak kami macam anak cikgu.. kalau dia salah .. cikgu tolonglah betulkan dia.. cikgu nak marah dia .. nak rotan dia.. cikgu buatlah... kami harap cikgu jadikan dia 'orang'.
Hari ini .. murid saya itu adalah seorang peguam yang berjaya di Johor Bahru !
< KR >