Wednesday, December 17, 2014

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah?

Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah?

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang matang berfikir tertanya-tanya dan mula membicara disamping mempersoalkan apakah pentingnya institusi raja-raja Melayu. Apakah institusi tersebut benar-benar memberi faedah kepada agama Islam, kepada bangsa Melayu dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya?

Saya kiranya andai benar kesemua raja dan sultan Melayu bersikap jujur dalam pemerintahan mereka dan ikhlas dalam merealisasikan peranan mereka sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara, rakyat harus diberi kebebasan untuk mendebatkan apa saja isu yang terkait dengan institusi tersebut.

Islam, agama Allah, sejarah para Nabi dan Rasul masih boleh dibincang dan diperdebatkan. Maka, timbul persoalan; Apakah sultan dan raja-raja Melayu lebih mulia daripada agama Allah dan para Nabi sehingga tidak dibenarkan untuk diperdebatkan secara terbuka?

Kesemua sultan dan raja Melayu seharuskan sedar bahawa tanpa rakyat, raja tiada ertinya. Sebaliknya tanpa raja, rakyat masih boleh hidup, maju dan bertamadun. Bukti jelas, banyak negara membangun dan negara maju tidak mempunyai raja atau sultan.

Bicara Minda ini tidak sama sekali bermaksud untuk memperkecilkan Institusi Raja-Raja Melayu. Untuk tujuan kefahaman rakyat dan persefahaman antara raja dan rakyat, saya menyarankan agar perbincangan ilmiah secara terbuka dan bebas berkaitan peranan dan keberkesanan Institusi Kesultanan Melayu wajar disemarakkan!

Salam Takzim dan Salaam Persaudaraan Islam.
Sofi - Kerajaan Rakyat.